Peminat dan pesaing Genoa_C.F.C.

Rencana utama: Derby della Lanterna

Genoa mempunyai jumlah besar peminatnya di Liguria selain turut popular di Piedmont dan Lembah Aosta. Tradisi pelayaran orang Genoa dan kedatangan komuniti Genoa di negara-negara jauh berjaya menyebarkan populariti Genoa dan imigran-imigran ini menubuhkan kelab peminat di Buenos Aires, Amsterdam, Tokyo, Toronto, New York, San Francisco, Barcelona, Iceland dan banyak lagi.

Stadio Luigi Ferraris merupakan gelanggang yang digunakan oleh kelab Genoa dan Sampdoria selain pertembungan antara kedua-dua pasukan turut berlangsung di sini.

Pesaing terpenting dan tradisi Genoa ialah kelab dari kota yang sama dan berkongsi dengan gelanggang yang sama iaitu Sampdoria. Dua kelab ini bertembung dalam satu perlawanan yang dikenali sebagai Derby della Lanterna ("Pertembungan Tanglung"); yang merujuk kepada Rumah Api Genoa. Penyokong Genoa juga meluahkan kebencian mereka terhadap Milan. Selepas pergaduhan yang melibatkan kedua-dua penyokong pada Januari 1995 yang berkesudahan kematian penyokong Genoa, Vincenzo Spagnolo yang ditikan oleh seorang penyokong Milan, Simone Barbaglia. Penyerang itu merupakan ahli hooligan tidak rasmi, "The Barbour Ones", yang selalu membawa senjata berbilah pada mana-mana perlawanan.

Sebaliknya, peminat Genoa juga mempunyai hubungan rapat yang berpanjangan dan kuat dengan Napoli (yang dapat diimbas pada hari terakhir musim 1982). Pada hari terakhir musim 2006–07, Genoa dan Napoli terikat seri tanpa jaringana dan kedua-dua pasukan dijamin kembali semula ke Serie A. Ultras Genoa pernah memegang spanduk yang tertera "Benvenuto fratello napoletano", bermaksud "Selamat datang, abang Napoli" dan kedua-dua peminat meraikan bersama-sama dengan cara yang hangat dan kerjasama.

Dalam situasi lain, hubungan persahabatan antara peminat Genoa ialah dengan penyokong merah kuning Roma. Selain itu, mereka juga mempunyai tali persaudaraan yang kuat dengan Torino (sejak pertukaran Gigi Meroni antara kedua-dua kelab ini pada penghujung musim 1963–64 sebelum meninggal pada 15 Oktober 1967).